Kejohanan Olahraga MSSD Gombak 2020 melabuhkan tirai pada hari ini melakar kejayaan bagi kontigen SMK Taman Melawati, dimana SMK Taman Melawati sekali lagi berjaya mempertahankan kejuaraan dalam Kejohanan ini.

Kejayaan manis kontigen dengan membawa pulang 29 emas 23 perak dan 17 gangsa. Selain daripada itu, saudari Seiyr Bt Rosla berjaya membawa pulang gelaran olahragawati dalam kejohanan ini.

Tahniah kepada guru-guru, murid-murid dan ibu bapa yang memberi sokongan.