Selamat Hari Deepavali kepada yang beragama Hindu diharap tetap meraikan perayaan Deepavali dengan meriah di rumah bersama ahli keluarga masing-masing dengan mematuhi segala garis panduan atau SOP yang telah ditetapkan. Elakkan bersalaman ataupun berhimpun dan amalkanlah penjarakan fizikal untuk kita bersama-sama memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

Semoga pesta cahaya Deepavali pada tahun ini akan memberikan sinar harapan kepada kita semua untuk mengharungi pelbagai cabaran getir yang sedang kita hadapi pada masa ini. Bersama-samalah kita berganding bahu, bersatu-padu dengan semangat yang cekal dan tabah.

‘Deepavali Vaalthukkal’.