Ada di antara murid yang menggunakan sistem andriod menyatakan masalah bahawa aplikasi di telefon pintar mengalami masalah di aplikasi Google tidak boleh berfungsi atau mengalami “crash”, masalah ini melibatkan beberapa peranti seperti sony, Pixel, Samsung, Xiaomi dan lain-lain

Jika ada diantara anda mengalami masalah ini, sila ikut langkah ini

  1. Google menyarankan pengguna untuk “reboot” semula peranti.
  2. Jika langkah pertama kurang berkesan dan anda boleh cuba untuk nyahpasang kemas kini baharu itu dengan pergi Settings>Apps/Applications>Google app>klik 3 dots>Uninstall updates.

Sekiranya murid-murid belum mengalami masalah tersebut, anda disarankan untuk mematikan kemas kini secara automatik (auto-updates) pada aplikasi Google buat sementara waktu.

Namun, jika anda masih menghadapi masalah yang sama, kita perlu menunggu pihak Google untuk membaiki masalah ini.

Sumber : https://wiser.my/aplikasi-google-anda-crash-ikuti-langkah-ini