Baru-baru ini, aplikasi permesejan popular Telegram telah menyokong ciri pangilan video berkumpulan (Group Video Calls) yang boleh digunakan sebagai medium interaksi seperti Google Meet.

Untuk mengaktifkan fungsi baharu ini, Murid/Guru hanya perlu menekan ikon camera ketika membuat perbualan suara (Voice chat) di kumpulan kelas/matapelajaran masing-masing.

Buat masa kini, perbualan suara boleh disertai tanpa had tetapi pangilan video hanya untuk 30 orang pertama sahaja. Pembangun aplikasi Telegram menyatakan bagi had pangilan video akan dipertingkatkan pada masa hadapan.

berkaitan dengan “Voice Chat” di aplikasi, ia turut di dikemaskini dengan “noise supression” yang di naik taraf agar suara perbualan lebih jelas.

Pihak pembangun aplikasi Telegram turut menambah fungsi berkongsi skrin (screen sharing) kerap digunakan oleh guru-guru semasa pdpr, fungsi ini mirip dengan fungsi yang dimiliki pada Google meet, Zoom dan Microsoft Teams untuk memudahkan pembentangan semasa sesi pdpr.

Telegram turut menambah fungsi mesra penguna yang lain seperti animated backgrounds, creating and sharing background, ikon telegram yang baharu, animasi emoji yang terkini, bot menu dan maklumat log masuk.

bagi mengaktifk semua kemudahan ini, murid/guru disaran untuk mengemaskini aplikasi anda mulai hari ni.

Pihak sekolah turut untuk mengingatkan murid-murid dan guru-guru untuk sentiasa mengunakan ID DELIMa bagi pdpr, dan diharap murid dan guru-guru mematuhi etika siber dan berhati-hari supaya tidak mendedahkan maklumat peribadi di media sosial.