Hari ini, SMKTM menerima Pemantauan dari bahagian ICU, Jabatan Perdana menteri utk Laman An Nur dan penambahbaikan padang sekolah.

Laman An-Annur adalah satu tempat yang berfungsi sebagai dewan terbuka diantara blok C dan D yang membolehkan semua pelajar petang untuk bersolat zohor dan asar secara berjemaah disamping pelbagai aktiviti kokurikulum dan kurikulum dapat dilaksanakan. Anggaran kos adalah sebanyak RM450,000.00 diperlukan.

Begitu jualah padang utama SMKTM yang memerlukan penambahbaikan yang segera agar pelbagai aktiviti dapat dilaksanakan.

Oleh itu, marilah sama-sama kita doakan agar segal perancangan dan pembinaan ini akan menjadi kenyataan.

Ya Allah, permudahkanlah urusan SMKTM ini.

Shares
Share This