Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua warga SMK Taman Melawati

Pada 23-26 November 2020, Unit Bimbingan & Kaunseling dengan kerjasama Unit Kebajikan, PIBG dan Persatuan Alumni akan mengumpulkan sumbangan gadget terpakai/baharu serta sumbangan kewangan untuk membantu murid yang kurang berkemampuan dan memerlukan bagi tujuan PdPR.

Sumbangan semua amatlah dialu-alukan dan mohon bantuan juga untuk mewar-warkan program kita ini. Semoga usaha kita akan dapat membantu dan memberi makna yang besar kepada murid yang memerlukan.