Assalamualaikum & salam sejahtera semua,

1) Mengikut SOP PPDG/ JPS/ KPM berkaitan permasalahan jerebu yg mencapai IPU 200, sekolah2 dikehendaki ditutup kerana pencemaran udara yg sangat tidak sihat.

2) IPU di Batu Muda kini mencatatkan bacaan IPU 199, maka dgn ini SMK Taman Melawati akan diteruskan sehingga tamat persekolah dan peperiksaan (t4)

3) Walaubagaimana pun jika ibubapa mahu membawa pulang anak awal maka bagi memastikan keselamatan murid2 sesi pagi yg sedang berada di sekolah, ibu/ bapa/ penjaga dikehendaki hadir ke sekolah untuk menjemput anak masing-masing.

4) Pihak ibubapa sila pastikan murid2 memakai mask keselamatan udara. Pihak sekolah akan memastikan tiada aktiviti luar bilik darjah dilaksanakan sehingga tamat sesi persekolahan.

5) Sekolah ditutup sepenuhnya bagi sesi persekolahan petang.

6) Pastikan anak-anak tidak berada di luar rumah, minum air dengan banyak dan melakukan ulangkaji/ perkara2 yg bermanfaat dalam rumah.

Kerjasama semua amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Pengetua

SMK Taman Melawati