Projek Telefon Kasih yang diusahakan bersama Unit Bimbingan & Kaunseling dengan kerjasama Unit Kebajikan, Persatuan Ibubapa (PIBG) dan Persatuan Alumni SMK Taman Melawati membantu murid-murid yang kurang berkemampuan untuk meneruskan sesi pembelajaran online dengan menyediakan kemudahan Telefon dan data internet kepada anak-anak murid.

Untuk rekod gajet disumbangkan oleh orang awam dan kutipan dana kewangan setakat 30 Disember 2020 adalah sebanyak RM16, 000

Majlis penyerahan dilakukan Yang Dipertua PIBG SMK Taman Melawati, En Hatta bin Adam dan Pengetua Cemerlang, Cikgu Zarina Bt Mahmood beserta Unit Bimbingan dan Kaunseling.

“Diharapkan dengan pemberian ini membolehkan mereka dapat belajar dengan lebih sempurna memandangkan kini terpaksa menjalani pembelajaran dalam suasana norma baharu,”