Ibadat haji merupakan salah satu rukun Islam yang wajib disempurnakan oleh setiap muslim yang berkemampuan. Sunnah Rasulullah dalam pelaksanaan ibadat haji wajar menjadi ikutan seluruh umat Islam agar mendapat haji yang mabrur. Oleh yang demikian, pendedahan dalam ibadat ini mestilah dimulakan sejak di bangku sekolah lagi agar cita-cita mengerjakan haji dapat direalisasikan pada kemudian hari. Justeru, program yang dilaksanakan ini diharapkan dapat mendedahkan murid secara teori dan amali tentang ibadat haji. Semoga ia dapat dimanfaatkan sebaik mungkin oleh murid-murid di samping dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan tentang fardhu kifayah.Objektif program adalah1. Meningkatkan bilangan murid yang menguasai cara pelaksanaan ibadat haji dan umrah.
2. Meningkatkan bilangan murid yang menjalani amali pemakaian pakaian ihram.
3. Meningkatkan bilangan murid yang berpengalaman dalam melakukan amali tawaf, saie dan melontar jamrah bawah bimbingan fasilitator yang berpengalaman.

Shares
Share This